Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Asia Hari Khamis

465

Sesi dagangan pasaran tukaran matawang pada Rabu boleh dikatakan banyak didominasi oleh US dollar. Matawang greenback itu disokong oleh kombinasi nada ucapan Fed Powell yang hawkish, kenaikan hasil-bon AS dan juga data ekonomi yang memberangsangkan.

Secara spesifik, data pekerjaan (leading-indicator) yang dikeluarkan semalam juga menunjukkan keadaan pasaran buruh yang kukuh sekaligus meningkatkan jangkaan positif terhadap NFP pada Jumaat.

Data ADP-NFP yang mengira jumlah pekerjaan dalam sektor swasta Amerika Syarikat meningkat daripada 168k kepada 230k dengan jangkaan pasaran hanya 185k.

Dalam masa yang sama satu lagi data iaitu indeks PMI sektor bukan-pembuatan melonjak sehingga 61.6 dari 58.5 sebelum ini di mana jangkaan hanya 58. Manakala komponen yang lebih penting iaitu indeks pekerjaan pula meningkat dari 56.7 kepada 62.4 berikutan peningkatan pengambilan pekerja dalam sektor perkhidmatan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan 0.32% setakat pada pukul 9.53 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.03%, di mana GBP/USD didagang susut 0.06%. USD/JPY pula jatuh 0.18%, dengan USD/CAD didagang 0.11% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang rendah 0.07%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.08% dan 0.28%.

Dari segi dasar monetari, komen Pengerusi Fed Jerome Powell semalam keseluruhannya bernada hawkish. Powell mengulangi dan menegaskan ucapan beliau sebelum ini. Powell menunjukkan inflasi hampir dengan sasaran 2% dengan pengangguran di paras terendah 20 tahun yang lalu dan menambah bahawa beliau begitu gembira dengan keadaan ekonomi ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat