Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Asia Hari Khamis

560

US dollar menguat secara keseluruhan pada Khamis berbanding matawang utama yang lain selepas minit mesyuarat The Fed dikeluarkan awal pagi tadi. Apa yang menyebabkan kenaikan US dollar adalah pendapat keseluruhan minit mesyuarat yang menunjukkan kadar faedah akan terus dinaikkan di masa akan datang.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.18% setakat pada pukul 10.16 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.27%, di mana GBP/USD merekodkan kemerosotan 0.22%. USD/JPY pula naik sebanyak 0.20%, USD/CAD dengan kenaikan 0.31%. USD/CHF pula naik 0.15%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.75% dan 0.24% setakat ini.

Matawang terkuat setakat ini adalah US dollar, manakala matawang paling lemah adalah Aussie. Dengan menggabungkan kedua-dua matawang, pair AUD/USD adalah pasangan matawang yang paling banyak berubah setakat ini dengan kejatuhan 0.75%.

Selepas pengukuhan matawang Euro selama enam hari berturut-turut, akhirnya US dollar berjaya menghentikan kenaikan tersebut pada sesi dagangan Rabu. Tumpuan kepada matawang Euro hari ini akan tertumpu pula kepada minit mesyuarat ECB.

Minit mesyuarat Federal Reserve yang dikeluarkan awal pagi tadi menunjukkan ahli-ahli bank pusat membincangkan tentang kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat untuk mengimbangi kekuatan ekonomi. Dalam masa yang sama, mereka juga berpendapat isu perdagangan global dapat memburukkan perniagaan dan isirumah di Amerika Syarikat.

The Fed telah menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur sejak tahun 2015 dan ketika ini agak bimbang dengan kekuatan ekonomi dan inflasi yang dijangka meningkat di atas sasaran 2%.

Kejatuhan agak besar oleh matawang AUD pada Khamis pula disebabkan risiko politik di Australia. Kepimpinan perdana menteri Turbull diragui oleh pasaran apabila tiga daripada menteri kerajaan negara itu meletakkan jawatan. Terbaru, menteri kewangan Cormann meletakkan jawatan pada pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat