Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Dagangan Minggu Ini

692

Penganalisis pasaran percaya mata wang USD yang lemah dalam pasaran semasa akan kembali mendapat permintaan oleh para pelabur berikutan jangkaan terhadap pengetatan dasar monetari polisi oleh Federal Reserve pada penghujung tahun ini. FED dijangka akan menaikkan kadar faedah pada Disember ini diikuti oleh dua lagi kenaikan pada pertengahan tahun hadapan.

Data yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan kadar pertumbuhan pekerjaan yang melonjak pada Oktober dan juga data gaji yang merekodkan kenaikan terbesar dalam 9 tahun setengah.

Walaupun rundingan Brexit dilihat semakin positif dan menyokong dalam pemulihan sentimen semasa pasaran, namun akhbar Telegraph di UK melaporkan masih terdapat kekurangan dalam proses perundingan.

Dalam perkembangan di Kanada, data pekerjaan pada Jumaat mencatatkan penurunan untuk bulan October daripada 63.6K kepada 11.2K. Namun, jika melihat kepada butiran, ia menunjukkan bahawa pekerjaan sepenuh masa di Kanada meningkat sebanyak 33.9K sekaligus akan memberikan kelebihan kepada matawang Loonie.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menurun 0.05% setakat 11:30 pagi ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.01%, dimana GBP/USD di dagang menaik 0.16%. USD/JPY pula melemah 0.03% dengan USD/CAD didagang 0.01% lebih rendah. USD/CHF pula di dagang menguat pada 0.08%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan negatif 0.10% dan 0.41%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat