Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Eropah

365

Matawang US dollar kekal kukuh pada sesi dagangan Khamis selepas komen meyakinkan oleh Jerome Powell (Pengerusi Fed) tentang keadaan ekonomi semasa Amerika Syarikat.

Dalam isu perdagangan, penasihat ekonomi A.S. Larry Kudlow berkata rundingan dagangan bersama China telah terhenti sementara waktu di mana rundingan dengan Kesatuan Eropah (EU) adalah lebih baik. Amerika menjangka tawaran dagangan lebih baik akan datang daripada EU.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan 0.14% setakat pada pukul 2.52 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.11% di mana GBP/USD jatuh sebanyak 0.15%. USD/JPY setakat ini pula susut 0.03%, USD/CAD naik 0.12% dengan USD/CHF membuat kenaikan 0.12%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing membuat kenaikan 0.03% dan penurunan sebanyak 0.37%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen dan matawang paling lemah adalah NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang NZD/JPY setakat ini membuat kejatuhan 0.38% setakat ini.

Salain itu, antara matawang yang paling banyak membuat kenaikan adalah AUD selepas data pekerjaan yang memberangsangkan pada pagi tadi. Jumlah pekerjaan yang dicatatkan adalah 50.9k berbanding jangkaan 16.5k.

Penyebab kepada lonjakan matawang Yen pada Khamis pula adalah berikutan operasi pembelian bon dari Bank of Japan (BoJ). Bank pusat hanya membeli ¥60 billion (bon 25 – 40 tahun) berkurangan daripada jumlah ¥70 billion sebelum ini. Bank pusat juga mengurangkan amaun pembelian (bon 10-25 tahun) dari ¥190 billion minggu lalu kepada ¥180 billion hari ini. Pasaran menganggap ini adalah satu bentuk ‘tapering’ berskala kecil sekaligus menyebabkan pengukuhan matawang Yen pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat