Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

590

US dolar kekal mengukuh berbanding matawang utama berikutan lonjakan hasil bon kewangan.

Indeks US dolar berbanding 6 matawang utama mengukuh sebanyak 0.08% kepada paras 89.71.

Jabatan Buruh U.S melaporkan pada hari Khamis bahawa tuntutan pegangguran jatuh sebanyak 1,000 kepada angka 232,000 yang berakhir pada April 13. Walaubagaimanapun, bacaan ini tersasar daripada bacaan pakar ekonomi yang menjangkakan jatuh kepada 230,000.

Fed Philadelphia memberi informasi pada hari Khamis, indeks pembuatan meningkat kepada bacaan 23.2 dariapda bacaan 20.8. Bacaan ini merupakan bacaan tertinggi 3 bulan lalu.

Fed Philly juga menyatakan terdapat tanda-tanda bahawa kos input terus meningkat, pelabur menjangkakan inflasi akan bertumbuh pada kadar yang pantas, dalam masa yang sama hasil bon kewangan juga melonjak naik mendorong pengukuhan US dolar. Hasil bon kewangan 10-tahun naik 2.9%.

Jangkaan pelabur terhadap inflasi juga didorong oleh laporan Beige Book yang dikeluarkan pada hari Rabu yang mencadangkan inflasi pengguna berada diatas landasan yang betul berikutan peningkatan kos input.

Matawang US dolar juga mengukuh berbanding matawang yen sebanyak 0.30% kepada 107.69. Hal ini kerana ketidaktentuan terhadap masa depan perdana menteri Shinzo Abe.

GBP menyusut berbanding US dolar kepada 1.4078 disebabkan data jualan runcit UK yang lemah.

Matawang euro menyusut berbanding US dolar kepada bacaan 1.2342 setakat jam 09.50 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat