Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

698

US dolar jatuh berbanding enam matawang utama disebabkan kebimbangan pelabur terhadap perang perdagangan baru-baru ini. Semalam, GBP dan EUR menjadi tumpuan membuatkan US dolar terus melemah.

Indeks US dolar melemah berbanding enam matawang utama yang lain sebanyak 0.06% dan mencecah ke paras harga 88.69 setakat jam 9.50 pagi.

China dan A.S telah berunding secara tertutup bagi meningkatkan akses A.S ke pasaran China. Berdasarkan laporan Wall Street Journal, China dilaporkan akan mempertimbangkan permintaan A.S untuk mengurangkan tariff China bagi kenderaan dan semiknduktor A.S.

Pair USD/JPY naik sebanyak 0.28% kepada paras harga 104.94.

Matawang Yen telah menjadi tumpuan sebagai matawang safe-haven ketika perang perdagangan dicetuskan, walaubagaimanapun ada yang mempersoalkan rasional di sebalik langkah itu kerana Jepun belum dikecualikan dari tariff A.S. untuk import keluli dan aluminium.

“Membeli matawang Yen berikutan perang perdagangan, di mana Jepun masih belum dikecualikan oleh tariff keluli dan aluminium , bagi saya agak pelik”. Kata Giles Keating, pengarah urusan pengurus Werthstein Institute, kepada CNBC.

Pair GBP/USD naik sebanyak 0.01% kepada paras harga 1.4242. Hal ini boleh di sebabkan banyak faktor positif termasuk perjanjian peralihan Brexit dan juga peningkatan upah di UK telah meningkatkan jangkaan Bank of England (BOE) akan menaikkan kadar faedah pada bulan Mei.

Pair EUR/USD naik sebanyak 0.01% kepada paras harga 1.2441 sementara pair USD/CAD jatuh sebanyak 0.02% kepada paras harga 1.2870

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat