Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

627

Matawang euro meneruskan pengukuhan dalam sesi Asia pada hari Khamis selepas mencatat pengukuhan yang tinggi semalam berikutan keredaan situasi politik di Itali.

Perdana Menteri Carlo Cottarelli dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk membentuk kerajaan, hal ini membawa keredaan dalam penjualan matawang euro.

Keredaan ini mungkin menghasilkan pengurangan hasil bon Itali selepas melonjak naik pada hari Selasa.

EUR/USD didapati meningkat 1.02% kepada 1.1655, dengaan harapan pembentukan kerajaan di Itali.

Perkara ini terjadi selepas peristiwa kegagalan parti Five Star dan League bagi membentuk kerajaan kerana Giuseppe Conte menggugurkan mandat beliau untuk mencipta kerajaan pada 27 Mei.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama didagangkan susut sehingga 94.02 dan kini membuat pengukuhan sebanyak 0.02% kepada 94.08 setakat jam 9.20 pagi.

Selain itu, yang mendorong penyusutan US dolar ialah data ekonomi yang kurang daripada jangkaan.

Data GDP US meningkat 2.2% bagi sukuan pertama namun tersasar daripada jangkaan yang mensasarkan bacaan 2.3%.

USD/CAD jatuh 1.21% kepada C$1.2860 selepas Bank Pusat Kanada mengekalkan kadar faedah, namun memberi tanda bahawa pada bulan Julai kemungkinan terdapat peningkatan kadar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat