Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Eropah

384

Matawang US dolar mengukuh berbanding yen dalam sesi dagangan Eropah walaupun dihimpit dengan kebimbangan ke atas isu perdagangan U.S- China dan diikuti dengan laporan data pekerjaan U.S yang lemah.

Matawang US dolar mengukuh sebanyak 0.17% kepada 107.12 selepas mengalami penyusutan hampir 0.42% pada hari Jumaat.

Matawang U.S dolar menyusut pada hari Jumaat adalah didorong oleh kekhuatiran pasaran terhadap perang perdagangan antara 2 kuasa ekonomi yang besar dan data pekerjaan yang lemah.

China telah mengeluarkan kenyataan pada hari Jumaat, bahawa China telah bersedia mengadakan serangan balas jika Presiden Donald Trump mahu mengancam mereka dengan mengenakan tarif tambahan $100 billion keatas barangan import.

Kerisauan pasaran ialah polisi  perlindungan peradagangan dapat mengakibatkan perang dagang dan akhirnya memberi impak terhadap ekonomi global dan pertumbuhan ekonomi U.S. Pelabur mengharapkan rundingan yang diadakan dapat menghasilkan keputusan yang baik untuk kedua-dua belah pihak dan ekonomi global.

Pergerakan matawang US dolar sedikit terkesan berikutan laporan yang mengesyaki U.S atas pelancaran peluru berpandu ke Syria. Walaubagaimanapun, Washington telah menafikan kenyataan tersebut.

Matawang Euro menyusut sedikit berbanding U.S dolar ke paras harga 1.2277 setakat jam 5.00 petang.

Matawang sterling mengukuh sebanyak 0.12% keparas harga 1.4105.

Indeks US dolar mengukuh pada sesi dagangan eropah ke paras 89.87 berbanding paras tertinggi 1 bulan iaitu pada 90.597.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat