Sentimen Terkini Pasaran Forex : Risiko AS-Korea Utara Sedikit Reda

400

Matawang US dollar ketika ini menguat yang jelas dilihat pada indeks US dollar dengan matawang Euro, GBP dan Yen masing-masing melemah berbanding greenback. Matawang US dollar dilihat menguat semula selepas kebimbangan terhadap risiko geopolitik AS-Korea Utara beransur pulih dengan respon terbaru Jong-Un. Korea Utara menyatakan bahawa mereka terbuka untuk menyelesaikan isu dengan Amerika Syarikat selepas Presiden Trump membatalkan pertemuan pada Jun bersama Kim Jong-Un.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.23% setakat pada pukul 3.19 petang. Indeks ini naik sehingga ke paras 94.00 buat pertama kali tahun ini pada sesi New York hari Rabu.

Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.24% dengan GBP/USD susut sebanyak 0.24%. USD/JPY pula naik 0.15%, USD/CAD naik 0.32% dengan USD/CHF membuat kenaikan sebanyak 0.07%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan 0.21% dan 0.17%.

Matawang paling kuat setakat ini US dollar manakala matawang paling lemah adalah CAD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair USD/CAD setakat ini telah membuat kenaikan sebanyak 0.32%.

Sentimen Risk-Off sedikit reda selepas Korea Utara berkata bahawa mereka terbuka untuk rundingan pada awal sesi Asia. Selepas tersebarnya berita ini, matawang safe-haven Yen dan Swissy terus mendapat kesan di mana kedua-duanya melemah ketika ini.

Trump pada Khamis menyalahkan Korea Utara dalam suratnya bahawa pertemuan terpaksa dibatalkan disebabkan respon keras Korea Utara, sambil menyatakan Amerika mempunyai senjata nuklear yang lebih besar dan hebat.

Namun, dengan perkembangan terbaru oleh Korea Utara yang terbuka dengan rundingan, kita menjangka sentimen pada Jumaat beransur pulih selagi tiada berita terbaru yang mengganggu pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat