Sentimen Terkini Pasaran Forex Selepas Penutupan New York Pagi Tadi

529

US dollar didagangkan bercampur-campur dalam sesi New York semalam dengan sentimen berisiko (Risk-Off) kembali mendominasi pasaran. Seperti biasa, matawang Yen dan Swissy mendapat manfaat dan menjadi antara matawang terkuat. US dollar bergerak bercampur-campur dengan data yang dikeluarkan pada Rabu juga agak bercampur.

Antara penyebab kepada sentimen berisiko semalam adalah krisis AS-Turki dan juga kebimbangan terhadap keadaan ekonomi China.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini tidak membuat sebarang perubahan dengan US dollar sedang menguat setakat pada pukul 9.43 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.20%, di mana GBP/USD merekodkan kenaikan 0.10%. USD/JPY pula membuat kenaikan 0.05%, USD/CAD didagangkan menurun 0.08%. USD/CHF pula jatuh 0.08%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.32% dan 0.21%.

Matawang Lira Turki yang menjunam sehingga ke paras 7.24, kini pulih semula ke paras 6.00 berbanding US dollar selepas beberapa siri retorik positif yang dikeluarkan oleh kerajaan Turki. Selain itu, penganalisis juga berpendapat antara yang menyokong pemulihan Lira adalah tindakan Turki mengenakan tariff terhadap produk import dari Amerika Syarikat.

“Pengukuhan US dollar baru-baru ini adalah disebabkan kelemahan matawang negara baru membangun (emerging market) dan juga matawang Euro dengan sentimen Risk-Off mengalirkan dana ke safe-haven,” demikian kata Junichi Ishikawa strategist matawang di IG Securities Tokyo.

Penganalisis berpendapat risiko ketika ini semakin meningkat dan bukan hanya Turki, dan seperti kita tahu hubungan Amerika Syarikat dari segi perdagangan juga tegang dengan negara seperti China, Rusia dan Iran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat