Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Ini

747

Matawang AS Dolar bergerak mendatar berbanding matawang-matawang utama yang lain pada hari Isnin selepas turun beberapa ratus pips dalam kebimbangan pasaran mengenai ketegangan perang perdagangan dan kesihatan ekonomi global manakala Pound Sterlind didagangkan merosot menjelang undian Brexit yang dijadualkan pada esok hari.

Di Eropah , protes berterusan di Perancis mula membimbangkan pelabur kerana ekonomi benua kedua terbesar di dunia berada dalam keadaan berisiko atas faktor kelembapan mendadak dalam aktiviti ekonomi akibat pergolakan sejak beberapa minggu yang lalu. Sentimen ini telah menyebabkan suasana pasaran global merosot pada sesi Eropah hari ini.

Dengan tiada data ekonomi utama pada sesi New York hari ini, pergerakan pasaran yang tidak menentu dijangka berterusan ke arah undian Brexit pada peringkat Parlimen.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.11% setakat pada pukul 9:00 malam ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.36%, dimana GBP/USD di dagang merosot -0.76%. USD/JPY pula sedikit kuat 0.04% dengan USD/CAD didagang 0.0% lebih rendah. USD/CHF juga di dagang sedikit rendah pada -0.32%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan baik pada 0.13% dan 0.16%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat