Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

551

Matawang dollar USD didagangkan sedikit stabil pada Jumaat menjelang perjumpaan antara Presiden dua negara Amerika dan China untuk membincangkan isu-isu permasalahan dalam hubungan perdagangan mereka dan hal ini berkemungkinan akan memberi isyarat kepada pelabur berkenaan hala tuju bagi aset yang berisiko terkesan seperti matawang safe-haven USD dan Yen. Nilai matawang USD pada dagangan minggu ini dilihat goyah dengan kebimbangan terhadap persoalan FED bakal memperlahankan tempo bagi proses pengetatan dasar monetarinya. USD walau bagaimanapun sebelum ini telah berjaya mengekalkan pengukuhannya disokong oleh perkembangan pesat ekonomi AS dan juga didorong oleh permintaan tinggi kesan daripada ketegangan perang dagang AS-China yang berlarutan. Justeru itu, tumpuan pasaran buat masa ini terarah kepada perjumpaan Trump dan Xi Jinping pada persidangan G20 hujung minggu ini di Buenos Aires. Dengan tiada jangkaan yang jelas terhadap perbincangan tersebut, pasaran dilihat sedikit resah dan berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Matawang Euro melemah berbanding matawang lain kecuali berbanding USD setakat sesi Eropah semalam selepas data domestik menunjukkan sentimen ekonomi zon Eropah terus merosot pada bulan November. Sementara itu, negara rakan perdagangan Eropah iaitu Switzerland juga melaporkan data KDNK yang menurun kepada 0.2% berbanding bacaan sebelumnya 0.7% sekaligus menyebabkan CHF sedikit tertekan.

Dalam perkembangan di Britain pula, Sterling meneruskan prestasi yang kurang baik ekoran jangkaan kesukaran Perdana Menteri Theresa May untuk mendapat kelulusan perjanjian Brexit di peringkat Parlimen. Tambahan lagi, Bank of England memberi amaran bahawa matawang GBP akan mendapat impak negatif yang besar daripada permasalahan Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat