Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

395

Tumpuan pasaran pada dagangan semalam adalah kepada pengumuman kadar faedah oleh European Central Bank (ECB). ECB teleh mengekalkan kadar faedah sedia ada dan seperti yang dijangkakan oleh pasaran, ECB telah mengesahkan bakal menamatkan program pembelian aset dan Gabenor Mario Draghi dilihat menyampaikan kenyataan yang bernada dovish dalam persidangan. Beliau menggariskan, keseimbangan pada risiko telah bergerak menurun berikutan ketidaktentuan pada faktor geopolitik, ancaman perlindungan dan kelemahan pada pasaran baru membangun dan pasaran kewangan. Beliau menambah lagi berkenaan inflasi yang mungkin akan mengalami penurunan terkesan daripada kejatuhan harga minyak di samping jangkaan GDP pada tahun ini dan tahun 2019 akan diturunkan oleh bank pusat.

Perkembangan Brexit, matawang Sterling menunjukkan pengukuhan nilai pada dagangan Khamis setelah Perdana Menteri Britain Theresa May berjaya memenangi undian tidak-percaya daripada partinya namun pelabur melihat pengukuhan itu hanyalah bersifat sementara jika Parlimen Britain masih buntu memberi penyelesaian yang jelas untuk isu Brexit tersebut. PM May dilaporkan meminta sokongan daripada pemimpin-pemimpin Eropah yang lain pada Khamis setelah penentangan satu pertiga oleh penggubal undang-undangnya yang tidak bersetuju cadangan Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU). Pelabur boleh menarik sedikit nafas lega setelah undian tidak-percaya berakhir dan dengan kegigihan PM May menempuh cabaran sehingga hari ini, pelabur masih optimis Britain masih mempunyai peluang untuk keluar dari EU pada bulan Mac nanti beserta dengan perjanjian.

Sementara itu, data ekonomi kedua terbesar iaitu China mengeluarkan bacaan yang mengecewakan dalam sektor jualan runcit dan pengeluaran industri. Jualan runcit merosot daripada 8.6% kepada 8.1% manakala pengeluaran industri menyusut kepada 5.4% daripada 5.9% sebelum ini. Sebagai negara pengeksport terbesar kepada China, Australia dijangka terjejas dengan berita ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat