Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

444

US dolar sedikit tertekan pada awal pagi Jumaat namun tetap mengukuh berbanding yen dan euro berikutan Presiden U.S. Donald Trump menyatakan kebimbangan mengenai kekuatan mata wang dan kenaikan kadar faedah the Fed.

Trump berkata dalam satu temu bual dengan CNBC pada hari Khamis bahawa dolar yang kuat meletakkan Amerika Syarikat pada tahap yang merugikan, sambil menambah bahawa yuan China “jatuh menyusut.”

Matawang yang kukuh cenderung menjadikan eksport negara lebih mahal.

Trump juga menunjukkan rasa tidak puas hati mengenai pengetatan monetari Fed, dengan mengatakan bahawa dia bimbang tentang kesannya terhadap ekonomi U.S. dan daya saing US.

White House selepas itu mengeluarkan kenyataan bahawa walaubagaimanapun Trump tetap menghormati keputusan bank pusat A.S. dan tidak campur tangan terhadap keputusan dasarnya.

Menurut penganalisis hal tersebut sedikit menganggu tumpuan pasaran namun ia tidak sehingga menganggu pertukaran asing setakat ini. Ketika ini dapat dilihat bahawa Trump mengkritik kelemahan yuan dan euro dan pengukuhan US dolar. Hal tersebut telah membuat beberapa pemain pasaran sedikit terkejut.

US dolar mencatat sedikit kerugian daripada pengukuhan yang dicapai semalam berbanding yen pada 112.05 dari bacaan 113.18.

Matawang Euro mengukuh sedikit berbanding yen selepas kenyataan Trump namun terbatas.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama mengukuh 0.09 peratus kepada 95.07 setakat jam 9.50 pagi.

Komen Trump yang menyatakan tidak senang beliau dengan pengukuhan US dolar ini bukanlah yang pertama kali. Beliau pernah menyatakan hal yang sama pada tahun lepas.

Menurut penganalisis, dolar yen masih boleh terpengaruh kerana apa yang dilakukan Trump menimbulkan keprihatinan mengenai dasar perdagangan, jadi ia juga boleh menimbulkan sentimen risiko.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat