Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

745

Matawang US dolar meneruskan pengukuhan ke paras tertinggi 3 minggu lalu berbanding matawang yen dan mengukuh berbanding euro pada hari Rabu menjelang perjumpaan the Fed.

The Fed akan memutuskan persidangan 2 hari tersebut pada hari Rabu ini dan dimana dijangka the Fed akan meningkatkan kadar faedah buat kali kedua pada tahun ini.

Pasaran memberi tumpuan adakah the Fed akan memberi indikasi pengenaan kadar faedah sebanyak 4 kali pada tahun 2018 berbanding 3 kali pada awal tahun ini selepas ekonomi negara tersebut semakin bertumbuh.

Indeks US mengukuh ke paras 93.820 berbanding enam matawang lain.

US dolar telah mengukuh 0.1 peratus kepada 110.455 yen, iaitu paras tertinggi sejak Mei 23.

Menurut penganalisis, terdapat pandangan bahawa pergolakan pasaran yang muncul baru-baru ini dapat menahan Fed daripada mempercepat kenaikan kadarnya. Namun, jika the Fed memberi indikasi kenaikan kadar empat kali tahun ini, ia akan mendukung matawang US dolar.

Matawang Euro sedikit menyusut, meneruskan penyusutan 0.35 peratus semalaman kepada $1.1747.

Persidangan polisi ECB pada hari Khamis ini dijangkakan ECB akan mengeluarkan kenytaanya berkenaan pembelian bon.

Spekulasi bahawa ECB akan mengurangkan/menghentikan niat pembelian bon besar-besaran telah mendorong pengukuhan euro ke paras tertinggi 3 minggu lalu iaitu pada $1.1840.

2 tumpuan pasaran pada ketika ini ialah hasil mesyuarat the Fed dan ECB.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat