Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

411

Matawang US dolar jatuh daripada paras tertinggi 11 bulan berbanding matawang utama apabila pelabur mengambil keuntungan dalam perdagangan sesi awal Asia pada hari Jumaat. Manakala matawang Sterling mula melonjak naik dari paras terendah7 bulan.

Indeks Pembuatan The Fed Philadelphia jatuh mendadak sehingga paras terendah 1 1/2 tahun dan mengakibatkan kebimbangan mengenai ekonomi terbesar dunia dan mendorong beberapa peniaga untuk mengutip keuntungan semasa pengukuhan dolar.

Kata penganalisis, Indeks Philly Fed yang lemah menambahkan lagi kebimbangan bahawa perang perdagangan Presiden Trump akan mengakibatkan kesan buruk terhadap prospek ekonomi U.S. dan memburukkan sentimen pasaran.

Indeks Fed Philadelphia bagi aktiviti perniagaan Mid-Atlantic U.S. jatuh ke paras 19.9 pada bulan Jun daripada 34.4 pada bulan Mei, kejatuhan paling rendah sejak Januari 2014.

Selain itu hasil bon yang rendah dan pengukuhan US dolar turut menyumbang kepada kejatuhan US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama jatuh 0.1 peratus kepada 94.792 pada hari Jumaat, selepas mencapai paras 95.533, paras tertinggi sejak Julai lalu.

Matawang Euro pulih daripada paras 11 bulan terendah. Namun pengukuhan matawang Euro terbatas kerana terdapat perbezaan The Fed US dan Bank Pusat EU.

Di samping itu, pelantikan kerajaan Itali pada hari Khamis telah kebimbangan mengenai suara anti-euro dalam ekonomi ketiga terbesar di zon euro itu.

Matawang Pound pula naik 0.7 peratus kepada $ 1.3270 semalaman, pulih dari kejatuhan tujuh bulan, selepas Ketua Ekonomi BOE, Andy Haldane suara menyertai minoriti pembuat dasar yang mendukung kenaikan kadar kenaikan kepada 0.75 peratus.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat