Sentimen Terkini Pasaran Pada Awal Sesi Asia Hari Selasa

624

Matawang Yen didagangkan berhampiran paras terendah 10 bulan yang lalu berbanding US dollar pada Selasa berikutan sentimen yang semakin baik selepas termeterainya perjanjian AS-Kanada-Mexico pada Isnin yang menggantikan perjanjian NAFTA.

North American Free Trade Agreement (NAFTA) yang digantikan dengan USMCA terus memberi kesan positif kepada pasaran dalam sesi New York semalam dengan kenaikan CAD turut dipacu oleh peningkatan harga minyak mentah dunia.

Tidak lupa juga dengan peningkatan oleh matawang Sterling selepas kesediaan UK untuk memberi tawaran kepada Kesatuan Eropah (EU).

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain bergerak mendatar setakat pada pukul 9.56 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.07%, di mana GBP/USD didagang mendatar. USD/JPY pula naik 0.01%, dengan USD/CAD didagang 0.06% lebih rendah. USD/CHF pula didagang tinggi 0.01%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat kenaikan 0.06% dan penurunan  0.11% setakat ini.

Menurut sidang media bersama antara wakil perdagangan AS, Lighthizer dan menteri luar Kanada, Freeland, “USMCA akan memberikan pekerja kita, petani, dan peniaga satu standard perjanjian perdagangan yang lebih tinggi sekaligus menghasilkan pasaran bebas yang adil dan membawa pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh.”

Bloomberg pada Isnin pula melaporkan bahawa Perdana Menteri Theresa May sedang bersedia untuk memberikan tawaran yang signifikan kepada Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha mendapatkan perjanjian. Perjanjian perpisahan kedua-dua pihak selama ini berhadapan halangan dalam isu sempadan Ireland.

Selama ini kedua-dua pihak tersekat dengan persoalan bagaimana untuk mengelak pemeriksaan polis dan kastam di sempadan antara UK dan Ireland, namun pihak UK kini melihat jalan keluar untuk mendapatkan persetujuan, demikian yang dikatakan oleh pegawai rasmi kerajaan UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat