Sentimen Terkini Pasaran Selepas Pertemuan Trump-Juncker

317

Matawang US dollar jatuh ke paras terendah dua minggu yang lalu pada Selasa selepas Amerika Syarikat dan kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk mengelakkan perang perdagangan. Perkara ini sedikit sebanyak telah meredakan ketegangan global dalam isu tariff perdagangan.

Presiden Trump dan wakil EU Jean-Claude Juncker pada Rabu bersetuju untuk mengembangkan perdagangan gas asli dan kacang soya dalam masa yang sama mengurangkan tariff masing-masing.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.17% setakat pada pukul 3.12 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini hanya membuat kenaikan 0.02% di mana GBP/USD naik sebanyak 0.07%. USD/JPY setakat ini pula jatuh sebanyak 0.29%, USD/CAD susut 0.06% dengan USD/CHF didagangkan hampir tidak berubah. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan 0.31% dan 0.06% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen dan matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang AUD/JPY membuat kejatuhan sehingga 0.58% setakat ini.

“US dollar melemah secara keseluruhan terutamanya berbanding Yuan apabila ketegangan perdagangan semakin reda,” demikian kata Yukio Ishizuki, pakar strategi matawang di Daiwa Securities Tokyo.

Walaubagaimanapun, ketika ini kita melihat pasaran kekal berisiko dengan kekuatan matawang Yen dan kejatuhan matawang berkadar faedah tinggi AUD. Pasaran masih ragu dengan pertemuan positif antara Trump-Juncker awal pagi tadi, sama ada apa yang diperkatakan akan dapat dimeterai dalam perjanjian rasmi.

Apa yang menambah kebimbangan pasaran adalah perkembangan dalam isu korporat global khususnya dalam isu pengambil alihan Qualcomm. Terdapat ketidaktentuan dalam perjanjian Qualcomm & NXP sekaligus akan meningkatkan isu perang dagang antara US-China di mana China cuba menghalang pengambil alihan syarikat NXP.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat