Sentimen Terkini Pasaran Tukaran Matawang Pada Awal Sesi Asia

563

Pergerakan pasaran agak perlahan pada Isnin berikutan cuti umum di Amerika Syarikat dan Kanada bersempena hari buruh. Matawang GBP masih lagi lemah selepas perkembangan terbaru Brexit dan data indeks sektor pembuatan yang meleset daripada jangkaan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini meningkat sebanyak 0.08% setakat pada pukul 9.07 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini didagang menurun 0.15%, di mana GBP/USD merekodkan kejatuhan 0.09%. USD/JPY pula hampir tidak berubah dengan susut 0.01%, manakala USD/CAD naik 0.09%. USD/CHF membuat kenaikan 0.07%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merosot 0.22% dan 0.15% setakat ini.

Matawang terkuat setakat ini adalah Yen, dan matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan kedua-dua matawang, pasangan matawang AUD/JPY jatuh 0.26% setakat ini.

Apabila dilihat kepada perkembangan pasaran saham global yang jatuh tiga hari berturut-turut pada Isnin, ia menimbulkan kebimbangan terhadap isu perdagangan dunia. Matawang negara baru membangun (emerging market) adalah yang paling banyak tertekan setakat ini.

Amerika Syarikat telah mencapai kesepakatan dengan Mexico dalam perjanjian NAFTA, tetapi rundingan bersama Kanada terbantut beberapa jam sebelum tempoh akhir tamat pada Jumaat.

Selain daripada itu, pentadbiran kerajaan Trump sedang bersedia untuk mengenakan tariff baru terhadap import dari China, sekaligus menambah ketegangan perang perdagangan.

“Pada awal bulan ini, tumpuan kita akan terus terarah kepada kebimbangan perdagangan, begitu juga kestabilan dalam pasaran baru membangun (emerging markets) selepas kejatuhan mendadak oleh matawang Argentina dan Turki minggu lalu,” demikian kata Michael Hewson, ketua penganalisis pasaran di CMC Markets.

Matawang GBP adalah yang paling banyak tertekan pada sesi dagangan Isnin yang disebakan komen oleh Barnier di mana beliau menentang cadangan pihak UK terhadap rundingan Brexit.

Berikutan ketegangan dalam perdagangan global, dua matawang safe-haven Yen dan Swissy telah mendapat permintaan pada hari Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat