Sentimen Terkini yang Menimpa Dagangan Matawang Sesi Asia

55

US Dollar diniagakan stabil berbanding matawang utama pada Selasa apabila kebanyakan pelabur menjangkakan Fed akan mengekalkan kadar penanda arasnya tidak berubah pada Rabu.

US Dollar Index yang mengukur matawnag utama kali terakhir dinilai pada 98.99, meningkat sebanyak 0.01 peratus.

Pelabur dilihat agak teragak-agak untuk menggerakkan US Dollar dalam jumlah yang besar sebaik sahaja Fed memulakan mesyuarat FOMC yang akan berlangsung selama dua hari.

Pakar ekonomi menjangkakan bahawa Fed akan mengekalkan kadar pada paras tidak berubah, namun meneliti isyarat kenaikan pada bulan seterusnya.

Menurut Fed Rate Monitor Tools, 64.2 peratus pelabur menjangkakan bahawa Fed akan menaikkan kadar pada bulan Jun.

EUR/USD pula dicatat mara ke tahap yang lebih tinggi kepada $1.0911 walaupun data ekonomi dicatat melemah.

Sementara itu, GBP/USD meningkat apabila data pembuatan UK dikeluarkan positif, dengan lonjakan kepada paras tertinggi dalam tempoh 3 tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat