Sentimen Tidak Memihak Yen, EUR/JPY Melonjak Tinggi

483

Tumpuan pelabur pada dagangan hari ini beralih pada perkembangan hubungan antara Amerika Syarikat dan China yang memberikan kelegaan dalam pasaran.

Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Timbalan Presiden China, Liu He telah mengadakan perbualan melalui panggilan telefon dengan menyatakan kemajuan dalam perbincangan.

Hal ini telah kembali menjernihkan sentimen pasaran yang berisiko sebelum ini akibat ketegangan hubungan antara dua ekonomi gergasi dunia itu.

Sentimen risk-on pasaran mula memberi kesan kelemahan terhadap matawang safe-haven seperti Yen Jepun.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta EUR/JPY melonjak ketara pada sesi Eropah hari ini berkemungkinan berlaku aktiviti jualan bagi matawang Yen.

Bagi matawang Euro, bacaan akhir pertumbuhan GDP yang diterbitkan dilihat masih lagi lemah, namun sedikit baik berbanding bacaan awal. Data tinjauan iklim perniagaan di Jerman pula mencatatkan sedikit kenaikan pada angka bacaan.

Setakat dagangan sehingga jam 4 petang waktu tempatan, pergerakan harga pada carta EUR/JPY telah mempamerkan kenaikan sekitar 80 pips ke paras 125.700.

Kenaikan tersebut juga memberi isyarat perubahan trend bullish harga selepas bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga.

Kenaikan mingguan berpotensi mencecah sehingga ke paras ketinggian 126.700 pada resistance sebelum ini jika tiada perubahan pada sentimen pasaran.

Namun jika harga kembali menjunam semula, zon support di sekitar paras 124.300 bakal menjadi tumpuan pada penurunan seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat