Senyap-senyap Emas Mendaki Lebih Tinggi

2,195

Logam kuning emas perlahan-lahan mendekati paras harga $1,800 per auns pada sesi Asia, memanfaatkan permintaannya sebagai safe-haven selepas menyaksikan bacaan data ekonomi dari AS yang kurang memberangsangkan dan pergolakan geopolitik di Afghanistan.

Menjelang penghujung sesi Asia, harga emas didagangkan lebih tinggi pada $1,798 per auns, sementara niaga hadapan emas pula positif pada $1,800 per auns.

Data pertumbuhan ekonomi AS suku kedua menunjukkan peningkatan sebanyak 6.6% berbanding kenaikan 6.5% yang dilaporkan sebelum ini, tetapi sedikit terasar dari jangkaan pertumbuhan 6.7%.

Sementara itu, data jumlah tuntutan pengangguran AS pula meningkat pada 353,000 berbanding jangkaan 345,000 dan lebih tinggi dari angka yang dicatatkan sebelumnya 349,000.

Secara geopolitik, kumpulan IS dikaitkan dengan pengeboman berani mati di pintu masuk ke lapangan terbang Kabul. Pengeboman itu mengorbankan 12 anggota tentera AS dan mencederakan banyak yang lain.

Bagaimanapun, kenyataan hawkish daripada pembuat dasar Federal Reserve (Fed) telah mengekang pergerakan emas untuk lebih agresif, di mana Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan menjangkakan bahawa bank pusat akan mula menaikkan kadar faedah pada tahun depan.

Pelabur kini menantikan ucapan Pengerusi Jerome Powell yang dijadualkan bercakap pada jam 10 malam ini (waktu Malaysia) bagi mendapatkan petunjuk mengenai bila pengurangan pembelian bon akan dilaksanakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat