Seorang Lagi Eksekutif Kanan Deutsche Bank Letak Jawatan!

51

Seorang lagi eksekutif kanan di Deutsche Bank dijangka akan meninggalkan bank berkenaan dalam masa terdekat.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, Brad McKee iaitu pakar pasaran pesat membangun yang juga Ketua Bahagian Hutang Berstruktur bagi Amerika Latin akan meninggalkan bank tersebut penghujung tahun ini.

McKee telah menyertai Deutsche Bank sejak 10 tahun yang lalu dan pernah memegang beberapa peranan penting di bank berkenaan termasuk ketua bersama bahagian perdagangan kredit bagi pasaran global pesat membangun.

Sebelum menjawat jawatan penting di Deutsche Bank, beliau pernah berkhidmat selama 13 tahun di JPMorgan New York, Mexico dan Buenos Aires.

Tahun ini merupakan satu tahun yang amat sukar buat Deutsche Bank apabila terpaksa berdepan dengan pendapatan yang lebih rendah bagi suku ketiga. Hal ini didorong oleh aliran pelanggan yang rendah dan ketidaktentuan makroekonomi.

John Cryan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif bank tersebut turut mengakui cabaran yang terpaksa ditempuh oleh bank berkenaan, termasuk beberapa spekulasi yang disebarkan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Satu-satu cara untuk membendung masalah ini hanya mengembalikan kepercayaan pasaran dan menghentikan spekulasi yang boleh menjatuhkan reputasi bank ini.

Dalam masa yang sama, isu perletakan jawatan Brad McKee enggan diulas oleh Deutsche Bank.

Adakah Deutsche Bank Akan Jatuh Bersama-sama Kesatuan Eropah? 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat