Pound didagangkan sedikit meningkat pada Khamis semalam memanfaatkan situasi penyusutan semula US dolar menjelang terbitan data pertumbuhan ekonomi UK di sesi Eropah hari ini.
Data tuntutan faedah pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam mendorong US dolar kembali bergerak lemah selepas pengukuhan ketara dipaparkan pada Selasa lalu.
Tumpuan lebih utama akan terarah pada laporan data pekerjaan NFP AS pada sesi New York malam ini untuk hala tuju sebenar US dolar selepas ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/nfp-jadi-penentu-usd
Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga yang mendatar di atas paras sokongan 1.18000 sebelum ini mula paparkan kenaikan semula ke zon 1.19000 semalam.
Kenaikan harga yang mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi isyarat bahawa perubahan trend boleh berlaku semula.
Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini, harga perlahan di antara zon 1.19000-1.194000 selepas kenaikan harian 100 pips dicatatkan semalam.
Kenaikan harga lebih tinggi jika diteruskan bakal menuju semula zon tumpuan pada 1.2000 sebelum ke paras ketinggian dicapai minggu-minggu sebelum ini pada rintangan 1.21400.
Namun, jika harga mula susut semula di bawah 1.19000 yang menjadi zon SBR (support become resistance) buat harga, paras sokongan 1.18000 akan diuji semula.
Penurunan lanjut boleh berlaku jika US dolar terus mengukuh selepas reaksi laporan NFP dan bakal mendorong harga mencecah hingga sekitar 1.17000 dan catatkan paras terendah terbaru 15 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG