Serba Dinamik Kembali Namun Saham Susut 65.71% Ke Paras Terendah Baru

713

‘Biasalah enjin tak panas lagi kot.’

Penyambungan semula sesi dagangan Serba Dinamik Holdings Bhd tidak segemilang yang diharapkan.

Umumnya, penggantungan Serba Dinamik oleh Bursa Malaysia telah ditarik balik dan syarikat itu dijadualkan untuk menyambung semula sesi dagangannya pada Isnin, 9 Mei.

Sungguhpun begitu, beberapa broker telah menuntut wang tunai pendahuluan bagi sebarang pembelian sekuriti syarikat.

Nota Affin Hwang Investment Bank menyatakan bahawa sebarang pembelian termasuk waran Serba Dinamik memerlukan wang tunai yang mencukupi dalam akaun amanah pelabur kerana kaunter tersebut dikategorikan sebagai ‘non-marginable’ dan tiada nilai kepada saham dari segi penilaian cagaran.

Sementara itu, Kenanga turut menyatakan bahawa hanya wang tunai sahaja dibenarkan bagi sebarang pembelian terhadap Serba Dinamik berdasarkan keadaan kewangan syarikat serta Kajian Bebas Khas.

Pada sisi berbeza, Serba Dinamik Holdings Bhd menyaksikan sahamnya yang didagangkan semula hari ini susut 23 sen atau 65.71%.

Ia secara tidak langsung menandakan saham tersebut merosot ke paras terendah baru pada 12 sen semasa dagangan pagi Isnin, 9 Mei.

Selain itu, waran syarikat susut sebanyak 5 sen atau 71.43% pada 2 sen.

Setakat 10 pagi tadi, Serba Dinamik berada pada 14 sen, jatuh 21 sen atau 60% sementara warannya bernilai 3 sen turun 4 sen atau 57.14%.

Dalam pada itu, Serba Dinamik merupakan kaunter paling aktif didagangkan dengan sebanyak 346.38 juta saham.

Kali terakhir kaunter tersebut didagangkan adalah pada 25 Mei 2021 pada harga RM1.61 sebelum isunya dengan bekas juruadit, KPMG menjadi perhatian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat