Seriuslah, Amazon Lancarkan Satelit Sendiri Di Ruang Angkasa Bumi?

493

‘Macam berita tak baik je untuk bang Elon dengan SpaceX.’

Amazon mengumumkan bahawa mereka telah memeterai perjanjian untuk melancarkan ‘deretan’ satelit miliknya di ruangan obit bumi bagi menyediakan perkhidmatan internet kepada orang ramai.

Perjanjian tersebut telah ditandatangani bersama Arianespace, Blue Origin dan United Launch Alliance (ULA) yang merupakan perolehan komersial terbesar bagi kenderaan pelancaran angkasa.

Walau bagaimanapun, buat masa ini butiran mengenai kos keseluruhan dan masa pelancaran bagi projek satelit Amazon yang dinamakan ‘Projek Kuiper’ masih belum didedahkan.

Menurut Naib Presiden Kanan Amazon, Dave Limp, masih terlalu awal untuk bersorak dan pasukanya akan meneruskan usaha untuk melangkah dengan lebih jauh lagi bagi memastikan projek tersebut berjaya.

Tambah Naib Presiden kanan Blue Origin pula, mereka sangat menyokong usaha Amazon untuk menyediakan jalur lebar mampu milik dan boleh dipercayai kepada komuniti yang tidak dapat perkhidmatan yang stabil di seluruh dunia.

Sebagai pengetahuan, Projek Kuiper menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi kepada isi rumah, sekolah, hospital, perniagaan, operasi bantuan bencana dan lain-lain tempat tanpa capaian yang kuat.

Amazon dikatakan sedang membangunkan Kuiper secara mendalam dan merancang untuk memanfaatkan keupayaan sedia ada dalam bahagian lain seperti operasi logistik dan cabang pengkomputeran awam AWS.

Seperkara lagi, Jeff Besoz dipercayai menggunakan sebahagian daripada kekayaan Amazon miliknya untuk mencipta dan membiayai perusahaan penerokaan angkasa lepas Blue Origin.

Dalam pada itu, berita kejayaan Amazon ini pasti membuatkan telinga Elon Musk, pemilik SpaceX ‘panas’.

Umum mengetahui bahawa SpaceX selama ini mendominasi ruangan angkasa bumi dengan hampir 1,500 satelit Starlink terapung di orbit, dan menerusi kerjasama dengan Microsoft, ia telah menggunakan platfrom Azure untuk menyediakan versi perkhidmatan internetnya sendiri.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat