Seriuslah! Elon Musk Dan Mark Zuckerberg Nak Bertumbuk?

524

Tidak lama lagi anda mungkin dapat melihat pertarungan antara bos Twitter dan Facebook selepas Mark Zuckerberg menerima ajakan Elon Musk untuk bertarung dalam sangkar.

Ia bermula dengan satu balasan tweet apabila Musk berkata beliau bersedia untuk melawan Zuckerberg dalam satu pertarungan sangkar.

Kemudiannya, pengasas Facebook itu pula membalas di Instagram Story miliknya dengan hanya tiga perkataan “hantarkan saya lokasi”.

Tidak jelas sama ada pertarungan itu akan benar-benar berlaku kerana jika melihat kepada tweet Elon Musk, mungkin ia hanyalah sebagai satu gurauan sahaja.

Namun, bagaimana pula dengan Zuckerberg yang baru-baru ini memenangi dua pingat di kejohanan jiu-jitsu?

‘Gurauan’ tersebut bagaimanapun tidak terhenti di situ selepas Musk pula menyatakan lokasi “Vegas Octagon” yang merujuk kepada salah satu tempat pertarungan terbaik UFC.

Gelagat kedua-dua figura itu berjaya mencuri perhatian daripada pengikut mereka yang turut teruja untuk menyaksikan pertarungan tersebut jika ia benar-benar berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat