Seronok Do Kwon Main Sorok-Sorok, Sekarang Sembunyi Di Lokasi Ini Pula!

262

Selepas pihak berkuasa menjejakinya hingga ke Dubai, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Co-Founder Terraform Labs, Do Kwon yang berusia 31 tahun dilaporkan telah berpindah ke negara Eropah Timur Serbia pula pada bulan lepas.

Diperjelaskan bahawa beliau sentiasa menukar lokasi persembunyiannya, daripada Singapura dan Dubai kepada Seychelles serta Mauritius.

Susulan kejatuhan yang dihadapi token LUNA dan UST berlaku dalam sekelip mata, Kwon bertindak melarikan diri daripada Korea Selatan apabila kebanyakan pelabur mula membuka mulut dan keluarkan pelbagai spekulasi tentang isu tersebut.

Berbalik semula kepada penerangan, Kwon berkemungkinan besar telah melintasi sempadan Serbia dengan mudah ekoran pegawai pasti tidak dapat mengesan rekod masuk ataupun keluar secara tepat disebabkan pasport beliau yang tidak sah.

Rentetan itu, Kementerian Kehakiman Korea Selatan meminta pertolongan kerajaan Serbia untuk mengenalpasti jika Kwon masih menetap di sana sementara mereka menjejaki Eksekutif Tertinggi Terra yang telah melarikan diri sejak beberapa bulan lalu untuk mengelak pendakwaan.

Selain daripada pihak berkuasa Korea Selatan, Interpol turut mengeluarkan notis merah yang mengarahkan ejen penguatkuasa undang-undang di seluruh dunia bekerjasama terhadap operasi penahanan Kwon.

Baru-baru ini juga, Kwon telah menjemput para pegawai polis untuk menghadiri persidangannya semasa beliau berjanji akan terangkan sebarang persoalan yang dilemparkan kepadanya walaupun butiran lanjut masih belum dimaklumkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat