Sesi Asia: Harga Minyak Stabil Selepas Melonjak Tinggi Semalam

52

Harga minyak sedikit berubah pada awal dagangan hari Khamis, mengekalkan kedudukan mereka pada sesi yang lalu selepas bekalan minyak US terus menyusut menjadi petunjuk kepada pengetatan pasaran minyak.

Harga kontrak minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan Oktober di New York Mercantile Exchange susut 3 sen atau 0.06% kepada $48.38 setong, manakala di kaunter Intercontinental Exchange London, harga minyak brent kekal di paras 52.57 setakat jam 10.20 pagi

 

Minyak mentah pasaran hadapan meningkat 1% semalam berikutan potensi gangguan pengeluaran selepas ribut melanda teluk di kawasan semenanjung Arab.

Selain itu, pelabur juga berkata bekalan minyak komersial US yang terus jatuh menjadi petanda kepada pengetatan pasaran, walaupun pengeluaran yang meningkat menyekat kenaikan harga lebih tinggi.

ANZ bank berkata, “Penurunan yang banyak pada bekalan minyak mentah US menunjukkan harga minyak mendapat sokongan yang baik, walau bagaimanapun pasaran dilihat masih berjaga-jaga untuk menolak harga lebih tinggi berikutan pengeluaran minyak yang kekal meningkat.”

Pegeluaran minyak US mencecah 9.53 juta tong sehari minggu lepas, merupakan paras tertinggi sejak Julai 2015 dan telah meningkat sehingga 13% daripada paras terendah yang pernah mereka lalui pada pertengahan tahun 2016.

Berdasarkan laporan Energy Information Administration (EIA) semalam, bekalan Gasolin juga menyusut 3.3 juta tong minggu ini pada akhir 18 Ogos menjadikan jumlah baki bekalan kepada 463.17 juta, turun 13.5 % sejak bulan Mac yang lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat