Sesi Eropah Jadi Saksi Pengukuhan USD Berterusan!

238

Melangkah masuk ke sesi Eropah, US dolar terus mempertahankan pengukuhannya selepas mencapai paras tertinggi baharu sejak Mei 2022 pada sesi sebelum ini.

Dengan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan prospek pertumbuhan ekonomi menyuramkan telah menambah sokongan buat US dolar yang sebelum ini didukung oleh pendirian hawkish Federal Reserve (Fed).

Kebocoran pada saluran paip Nord Stream dikhuatiri akan memperdalamkan lagi persengketaan Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia selepas Ukraine menuduh Moscow adalah punca kepada kerosakan itu.

Ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen berkata kerosakan tersebut disebabkan oleh sabotaj dan memberi amaran tentang tindak balas yang paling kuat sekiranya infrastruktur Eropah diserang.

Hal ini menyebabkan euro gagal memanfaatkan kenyataan pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) mengenai kadar faedah, menyaksikannya kekal didagangkan pada paras terlemah 20 tahun.

Presiden ECB, Christine Lagarde memberitahu bahawa lebih banyak kenaikan kadar faedah akan menyusul, sementara penggubal dasar Peter Kazimir mengatakan peningkatan sebanyak 75 mata asas adalah pilihan baik untuk langkah pengetatan mereka.

Sementara itu, pound terus bergerak lemah susulan kritikan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) terhadap rancangan pentadbiran baharu Liz Truss yang melancarkan pemotongan cukai dan bantuan rangsangan kepada isi rumah UK.

Menurut IMF, tindakan sedemikian boleh menjejaskan usaha bank pusat untuk menurunkan inflasi yang tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat