Setakat Dagangan Oktober, GBP/JPY Cemerlang Rekod Lonjakan 500 Pips!

494

Jika diperhatikan pada carta pasangan matawang GBP/JPY telah memaparkan aksi ‘garang’ berikutan matawang Yen dilihat terus menyusut ke paras terendah yang pernah dicapai sejak April 2019.

Selepas sahaja menyentuh zon sokongan paling kukuh sekitar 149.000 pada awal dagangan Oktober, pergerakan kekal cemerlang mencatat lonjakan menghampiri 500 pips setakat dagangan hari ini (Isnin).

Pada pembukaan pasaran hari ini, lonjakan harga juga telah mencipta paras tertinggi terbaharu bagi 3 bulan dan terus memusnahkan paras ketinggian yang paling ‘kebal’ untuk ditembusi di paras 153.000.

Sentimen pasaran risk-on yang menyinari pasaran kewangan pada ketika ini dilihat telah mendorong kebanyakan matawang safe-haven termasuk matawang Yen untuk kekal didagangkan lemah.

Dek kerana Yen melemah, matawang Pound terus mengambil kesempatan dan peluang untuk mencatatkan pengukuhan dan memacu harga GBP/JPY terbang tinggi mencakar langit.

Pound terus membuak-buak pamer penguasaan di kala harapan kembali meningkat susulan jangkaan Bank of England (BOE) akan menaikkan kadar faedah dalam mengekang inflasi yang melonjak tinggi.

Corak peningkatan yang lebih agresif berkemungkinan akan memandu pergerakan harga menuju ke zon rintangan seterusnya sekitar 155.000 yang pernah dijejaki pada penghujung dagangan Jun.

Lonjakan yang lebih ketara akan menyaksikan pergerakan harga kembali menguji zon rintangan 156.000 yang masih lagi gagal untuk ditembusi sepanjang tempoh 3 tahun sejak Januari 2018.

Manakala sekiranya harga menjunam semula, zon rintangan sebelum ini yang berubah menjadi zon RBS (resistance become support) 153.000 akan diuji untuk membuat HL (higher low) yang terbaharu.

Penurunan harga yang lebih rendah dijangka menuju ke zon RBS selanjutnya pada 152.000 dan akan memberi isyarat kepada pelabur untuk pergerakan harga GBP/JPY membuat perubahan trend.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat