Setelah 2 Minggu Penurunan Harga, AUD/USD Mula Pamerkan Corak Kenaikan

595

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD mempamerkan kenaikan pada hari ini selepas pelonggaran kuantitatif tanpa had yang diumumkan oleh Federal Reserve (Fed) telah mengakibatkan US dolar susut nilai dan memberi manfaat terhadap matawang utama yang lain untuk mengukuh.

Bagi menangani krisis wabak COVID-19 yang melanda, Reserve Bank of Australia (RBA) juga turut melaksanakan suntikan cairan ke dalam pasaran untuk menyokong ekonomi yang sedang terjejas.

Bank pusat pada hari ini telah menyuntik A$6.9 bilion ke dalam pasaran kewangan dan turut mengumumkan rancangan pembelian A$4 bilion bon kerajaan.

Harga pada carta AUD/USD yang bergerak perlahan pada permulaan dagangan minggu ini semalam menunjukkan kenaikan pada awal sesi New York namun harga gagal kekalkan kenaikan.

Namun kenaikan lebih ketara mula dipamerkan pada sesi Asia pada hari ini dengan dagangan Aussie turut disokong oleh data PMI pembuatan Australia untuk Mac yang masih menunjukkan pengembangan walaupun data perkhidmatan catat penurunan.

Harga yang telah bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan perubahan awal trend harga.

Memasuki sesi pasaran Eropah, harga menguji paras ketinggian harga pada Jumaat lalu di bawah paras harga 0.6000.

Jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi melepasi paras 0.6000 yang dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) itu, kenaikan dilihat akan diteruskan menuju zon SBR seterusnya pada sekitar 0.62400.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, paras sokongan harian semalam sekitar 0.57000 akan menjadi paras tumpuan harga.

Penurunan lebih rendah akan menuju zon support 0.55000 yang dituju harga pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat