Carta harga pasangan mata wang GBP/USD dilihat kembali melantun semula pada dagangan awal minggu semalam, tidak meneruskan corak penurunan pada penghujung minggu lalu.
Harga sedikit mengurangkan sebahagian kerugian setelah terjunan sekitar 130 pips dipaparkan ketika US dolar berjaya mengukuh sehingga sesi terakhir minggu lalu berakhir.
Bacaan akhir bagi data PMI perkhidmatan UK bakal diterbitkan pada sesi Eropah sebentar lagi akan menjadi tumpuan dan bakal mempengaruhi pergerakan semasa Pound.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/apa-jadi-pada-usd
Pada Isnin semalam, harga telah membuat kenaikan semula di atas paras 1.26000 sehingga ke paras 1.26400 sebelum terhalang oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.
Pergerakan harga mendatar menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Selasa) di sekitar 1.26200 dengan masih dihalangi oleh MA50.
Jika ditekan semula, harga berkemungkinan susut di bawah paras 1.26000 dan meneruskan penurunan semula seperti minggu lalu.
Penurunan lebih rendah dijangka akan menuju ke zon 1.25000 untuk rekod terendah harga bagi tempoh dagangan 12 minggu.
Namun jika harga berjaya melonjak melepasi halangan MA50, ini akan mengubah situasi kenaikan harga semula.
Kenaikan harga bakal menuju semula ke paras 1.27000 yang dilihat sebagai rintangan buat harga yang perlu diuji.
Paras tersebut juga turut diuji pada Jumaat lalu sebelum harga membuat terjunan semula.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG