Shiba Inu (SHIB) Bakal Lancarkan 99,000 Plot Di Metaverse ‘Shiberse’!

879

Pasukan di sebalik projek kripto Shiba Inu (SHIB) bersetuju untuk lancarkan 99,000 plot tanah di metaverse, Shiberse.

Seperti yang dimaklumkan pada 9 Februari, 35,000 daripada keseluruhan plot tersebut akan dijual terlebih dahulu kepada pemilik token LEASH.

Ini bermakna, pemilik token LEASH perlu lock aset mereka untuk mengakses penjualan tersebut. Semakin banyak LEASH yang dikunci, semakin luas plot yang mereka boleh beli.

Misalnya jika pengguna cuma memiliki 0.2 LEASH, maka keluasan yang diterima adalah seluas 1×1. Berbeza mereka yang memiliki 5 LEASH, dibolehkan untuk dapat plot seluas 10×10.

Difahamkan Shiberse akan dilancarkan secara berperingkat iaitu selama 10 hari untuk ‘melicinkan’ 35,000 plot.

Sementara itu, harga plot pula bergantung kepada lokasi. Semakin dekat lokasi plot dengan pusat taman anjing (berada di tengah-tengah Shiberse), nilainya semakin mahal!

Manakala pada peringkat seterusnya, penjualan plot akan dibuka kepada pelabur lain, tidak hanya pemilik LEASH.

Malah pembelian plot juga boleh menggunakan mata wang Ethereum (ETH), bernilai sekitar 0.2 ETH- 1 ETH.

Setakat ini masih belum ada tarikh penjualan plot ditetapkan. Bolehlah pelabur yang berminat mula ‘menabung’ LEASH, kan?

Ketika penulisan, SHIB didagangkan pada $0.00002164, susut hampir 14% dalam 24 jam.

Khabar mengujakan ini gagal menarik SHIB ke paras tertinggi susulan daripada keruntuhan pasaran kripto akibat peperangan antara Rusia-Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat