Laju betul ekosistem Shiba Inu (SHIB) berkembang, kali ini dengan pengenalan jual beli tanah maya di metaverse Shiba Inu.
Difahamkan tidak lama lagi peminat SHIB mampu menjadi tuan tanah di Shiberse melalui pembelian plot maya di ruang metaverse itu melalui sistem giliran.
Sistem penggiliran diterapkan dengan objektif mahu memastikan jual beli dilaksanakan secara adil, dan paling penting untuk menjaga ekosistem daripada serangan bots dan harga gas yang mahal.
Peluang untuk mendapatkan plot di Shiberse nampaknya lebih eksklusif untuk pemegang token LEASH kerana mereka terlebih dahulu akan diberi peluang untuk mengintai dunia metaverse Shiba Inu.
Sebaik sahaja proses penjualan telah dimuktamadkan, tanah-tanah maya lain yang berbaki akan dibuka untuk kepada pelabur lain.
Ini merupakan khabar terbaru selepas Shiba Inu mengumumkan kolaborasi dengan Welly’s pada minggu lalu. Tidak dinafikan ia merupakan projek pertama yang menggabungkan dengan dunia realiti.
Pembangun yang dikenali sebagai Shytoshi Kusama mendedahkan lebih banyak rantaian makanan segera berkonsepkan Shiba Inu akan dilancarkan dalam 2022 dan 2023.
Paling penting, teruskan HODL kerana Welly’s juga sudah menawarkan program francais yang mana ada potensi untuk menyaksikan restoran Shiba Inu di seluruh dunia!
Khabar ini melonjakkan harga LEASH sehingga lebih 40% dalam 24 jam tetapi tidak untuk SHIB yang kecundang lebih 5%, didagangkan pada $0.00003123, susut lebih 5% dalam 24 jam.