Shiba Inu (SHIB) Meroket Laju! 3 Faktor Ini Wajar Diberi Perhatian!

6,233

Shiba Inu (SHIB) tepis kritikan dan skeptikal komuniti kripto dengan lonjakan harian tiga kali berturut-turut hanya dalam tempoh empat hari.

Berdasarkan pemerhatian pergerakan harga month-to-date, SHIB mencatatkan lonjakan 1,124% dari paras terendah harian, $0.00000718 pada 1 Oktober kepada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaharu, $0.00008785 pada pagi ini.

Nilai pasaran SHIB mencatatkan nilai semasa $30.9 bilion sedang mengejar Dogecoin (DOGE) yang cuma $31.3 bilion.

Tiga faktor yang mengundang pecutan harga SHIB:

  1. Penyenaraian dan kerjasama SHIB
    • Beberapa bursa kripto telah menerima kehadiran SHIB dan Doge Killer (LEASH), token kedua di ekosistem Shiba Inu.
    • Bursa terlibat: Bitkan, AOFEX, StealthEx, Change Now, and CoinFlex.
    • Change Now juga ada melancarkan kempen pertukaran DOGE kepada SHIB sebagai sambutan kepada penyenaraian LEASH.
    • Penyedia pembayaran kripto, NOWPayment telah menjalin kerjasama dengan Shiba Inu, menjadikan LEASH dan SHIB diterima sebagai medium pembayaran, digunakan untuk sumbangan dan tersedia untuk pembayaran gaji.
  2. Shiboshi NFT
    • Shiba Inu telah melancarkan 10,000 non-fungible token (NFT) individu yang dikenali sebagai Shiboshi.
    • Ahli komuniti memiliki tempoh 24 jam untuk mendapatkannya menggunakan token LEASH.
    • Shiboshi boleh didapati di OpenSea.
  3. Lonjakan minat yang mendadak
    • Minat terbuka (open interest, OI) bagi niaga hadapan SHIB di beberapa bursa seperti OKEx, FTX, dan Huobi mencatatkan lonjakan yang luar biasa.
    • Berdasarkan pemerhatian, rekod OI melonjak ke paras harga $178.95 juta pada 27 Oktober dari $15.7 juta.
    • Sejajar dengan fenomena tersebut, harga SHIB juga menunjukkan pergerakan yang positif menuju ke paras ATH.

Ketika penulisan, SHIB didagangkan pada $0.00008274 dengan peningkatan hampir 70% dalam 24 jam. Manakala DOGE masih mencatatkan penyusutan lebih 7%, didagangkan pada $0.24.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat