‘Short Seller’ Saham Kerugian Hampir RM875 Bilion Pada 2023

1,192

Tahun ini adalah tahun yang mencabar bagi penjual saham.

Pelabur yang menjual saham secara ‘short selling‘ di Wall Street telah kehilangan hampir RM875 bilion tahun ini, menurut data dari S3 Partners yang diberikan kepada Yahoo Finance.

Enam daripada saham teratas yang dijual oleh para pelabur ini merupakan sebahagian daripada Magnificent Seven, dengan hanya Alphabet (GOOGL) merupakan satu-satunya pelopor teknologi yang tidak berada di dalam senarai itu. Kebanyakan pelabur di Wall Street tidak menjangkakan kenaikan pasaran saham yang berlaku pada tahun ini. 

Walaubagaimanapun, seiring dengan potensi kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang digembar-gemburkan pada musim bunga 2023, pertumbuhan syarikat-syarikat seperti Nvidia (NVDA), Tesla (TSLA), dan Meta (META) telah meningkat lebih daripada 100% tahun ini. 

Carta senarai teratas jumlah kerugian yang dialami oleh penjual ‘short selling’ saham

Peningkatan pasaran yang telah melepasi carta Magnificent Seven kebelakangan ini, membuatkan para penjual turut merasai kesakitan dengan saham-saham lain. Sejak mesyuarat Fed pada 1 November, pelabur-pelabur semakin percaya bahawa Fed bukan sahaja telah selesai menaikkan kadar faedah, malah pengurangan kadar boleh berlaku lebih awal daripada yang dijangka.

Hal ini mencetuskan lonjakan dalam aset berisiko yang merangkumi lebih banyak bidang pasaran spekulatif dimana para pelabur lebih terdedah terhadap kadar faedah yang tinggi terutamanya syarikat-syarikat kecil dan sederhana.

Memandangkan tahap toleransi risiko oleh para pelabur semakin meningkat, “penjual saham lebih terdedah untuk terjebak apabila pasaran sedang dalam kenaikan,” kata ketua strategis  Interactive Brokers, Steve Sosnick.

Dan itu terbukti dalam prestasi pasaran sepanjang bulan lalu.

Syarikat-syarikat seperti Carvana (CVNA) dan Affirm (AFRM) —kedua-duanya merupakan saham yang dijual dengan banyak— Disulami dengan kehadiran kumpulan pelabur yang “FOMO”, telah melonjakkan pretasi kedua-dua saham tersebut dimana ianya meningkat lebih daripada 75% hanya dalam tempoh sebulan. Apabila itu berlaku, penjual saham terpaksa keluar daripada posisi jualan mereka, menghantar saham-saham lebih tinggi dan menambahkan kerugian kepada pelabur yang melawan arus. 

Para pelabur yang melawan arus Carvana kini telah kerugian RM10.3 bilion tahun ini manakala penjual saham Affirm telah kerugian hampir RM7 bilion, berdasarkan data S3. 

“Dalam kes saham yang dijual dengan banyak, di mana kadar faedah yang lebih tinggi akan menjadi halangan, sudah tentu mereka berharap untuk melihat perubahan dalam sentimen jika berlakunya pengurangan kadar faedah,” kata Sosnick.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat