Siap Sedia Menjelang Keterangan Powell, USD Sudah Terjaga Dari Tidur

388

US dolar kembali mengukuh ketika pelabur menantikan lebih banyak petunjuk daripada penggubal dasar Federal Reserve (Fed) mengenai hala tuju dasar akan datang.

Greenback bergerak lebih tinggi pada sesi New York sebelum ini selepas data perumahan Amerika Syarikat tanpa dijangka menunjukkan bacaan lebih kukuh.

Walaupun ia bukan data berimpak tinggi, tetapi greenback memberi reaksi kepada data tersebut selain turut disokong sentimen pasaran yang suram selepas bank pusat China menurunkan kadar faedahnya.

Namun, USD gagal mendapat sokongan daripada ucapan Naib Pengerusi Fed Michael Barr, Presiden Fed New York John Williams dan Presiden Fed St. Louis James Bullard kerana masing-masing tidak bercakap tentang dasar.

Tumpuan pelabur kini terarah kepada keterangan Pengerusi Fed Jerome Powell mengenai laporan dasar monetari separuh tahunannya di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Dewan Rakyat.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam mata wang utama lain didagangkan pada sekitar harga 102.58.

Selain itu, data inflasi UK turut dijadikan fokus pelabur pada sesi Eropah, yang kini menyaksikan mata wang pound sedikit berundur dari puncak tertinggi hampir 14 bulannya.

Dalam pada itu, euro pula berlegar pada paras ketinggian satu bulan setelah mencatat sedikit penyusutan pada sesi terdahulu.

Sementara itu, dolar Aussie terus didagangkan lebih rendah susulan keputusan kadar faedah China dan laporan minit mesyuarat bank pusat Australia (RBA) yang menunjukkan kemungkinan untuk kenaikan kadar dihentikan sementara.

Di samping itu, dolar Kanada pula bergerak mendatar menjelang terbitan data jualan runcit Kanada pada sesi New York.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat