Siap-siap Trader GBP, PM Johnson Bakal Umum Kenaikan Cukai

685

Perdana Menteri UK, Boris Johnson dijangka akan mengumumkan kenaikan cukai dengan tujuan membayar kos rawatan sosial untuk individu dan meningkatkan dana Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Lapor Telegraph UK, PM Johnson akan mendedahkan kenaikan Insurans Nasional, sejenis cukai yang dibayar untuk membiayai program faedah kerajaan pada minggu depan.

Kenaikan cukai ini dilaporkan akan memberi kesan ke atas kira-kira 25 juta pembayar cukai, menurut laporan itu.

Pejabat perdana menteri memilih kenaikan cukai sebanyak 1%, manakala Perbendaharaan mungkin melihat pada kadar yang lebih tinggi hingga 1.25%, tambah laporan itu lagi.

Sebagai balasan, kerajaan akan mengurangkan beban dengan membataskan jumlah yang perlu dibayar oleh individu untuk kos rawatan sosial sepanjang hayatnya.

Untuk pengetahuan, antara manifesto PM Johnson ketika kempen pilihan raya pada tahun 2019 adalah beliau tidak akan menaikkan kadar cukai pendapatan, cukai nilai tambah atau Insurans Nasional.

Dengan tindakan terbaru ini, jelas menunjukkan bahawa PM Johnson telah memungkiri janji beliau.

Untuk NHS, hasil daripada kenaikan ini, ia akan digunakan untuk membersihkan tunggakan yang meningkat sejak pandemik Covid-19 melanda, menurut Telegraph UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat