Siapakah Akan Dipersalahkan Jika Perjanjian Perdagangan EU-UK Gagal? Ini Ulasan EU!

208

Pada hari ini, Persuruhanjaya Perdagangan Kesatuan Eropah, Phil Hogan telah mengeluarkan kenyataan bahwa UK akan bertanggungjawab secara penuh jika sebarang kerosakan terhadap ekonomi UK pasca peralihan Brexit tamat.

Hogan mengeluarkan kenyataan dalam persidangan pada hari Selasa bahawa EU mahu integrasi ekonomi dengan UK tetap kukuh dan menegaskan bahawa apa-apa perjanjian perdagangan bebas antara kedua belah pihak harus menyelaraskan persaingan, piawaian alam sekitar dan lain-lain. Menjelang komen Hogan, ketua perunding Brexit UK, David Frost berpendapat bahawa desakan agar UK tetap berpegang teguh pada peraturan EU adalah tidak begitu muhasabah, seakan-akan EU gagal melihat mengapa UK melakukan Brexit.

Pandangan yang bertentangan mengenai rangka kerja hubungan Britain dengan EU pada 2021 akan menyebabkan kesukaran dalam menetapkan peringkat rundingan dan risiko pemisahan apabila pengaturan peralihan berlaku yang dijangka akan tamat pada 31 Disember.

Tambah Hogan, UK seakan-akan tidak bersetuju dengan pandangan yang kami utarakan. Semasa ditanya mengenai risiko masa depan dalam perdagangan antara EU-UK, beliau berkata, “terserah kepada UK untuk memastikan ia tidak berlaku. UK akan bertanggungjawab penuh.”

Disamping itu, disisi lain kerajaan UK telah mengatakan bahawa mereka menentang sebarang pemanjangan tempoh peralihan dimana kini hanya tinggal 10 bulan untuk mencapai kesepakatan bagi mengelakkan sebarang peningkatan atau pengenalan tarif dan kouta barangan.

Bagi Hogan, semakin banyak UK menyimpang dari peraturan dan undang-undang EU sedia ada maka semakin banyak masalah yang akan kita hadapi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat