Sidang Media Carney: Kebimbangan Terhadap Brexit Membenam Matawang GBP

1,109

Bank of England telah menaikkan kadar faedah kepada 0.75% pada pukul 7 petang tadi dengan undian 9-0. Kenaikan ini bukan lah satu kejutan kerana ia telah dijangka oleh pasaran. Matawang GBP memberi reaksi positif kepada undian  di mana semua ahli BOE bersetuju untuk menaikkan kadar faedah.

Namun, GBP melemah semula dengan andaian berlakunya keadaan ‘sell the fact’ selepas pasaran menyerap sepenuhnya kenaikan kadar faedah sebelum pengumuman dasar.

Bukan itu sahaja, kelemahan GBP juga dianggap disebabkan oleh komen Gabenor Carney berkaitan isu Brexit. Carney menunjukkan perhatian terhadap situasi ‘Hard-Brexit‘ yang mana bank pusat sedang membuat persediaan untuk menghadapinya.

Dalam sidang media, Carney menyatakan “dasar monetari perlu menghadapi (Brexit) bukan lari daripadanya, untuk bertahan dengan keseimbangan kadar faedah naik secara beransur-ansur.”

Penganalisis menafsirkan komen ini yang menunjukkan kadar faedah tidak akan meningkat sepantas yang dijangka oleh pasaran.

Penganalisis juga berpendapat Brexit adalah faktor utama yang menggerakkan Sterling (GBP) dalam masa terdekat ini. Tetapi jika UK mendapat perjanjian daripada Kesatuan Eropah, berkemungkinan GBP akan melonjak semula. BOE dijangka akan terus mengekalkan kadar faedahnya selepas ini sehingga isu Brexit menjadi lebih jelas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat