Sime Darby Plantation Catat Kadar Keuntungan Luar Biasa!

304

Sime Darby Plantation Bhd (SDP) pamer prestasi memberangsangkan dengan mencatat keuntungan bersih melebihi 63.2% pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2021.

Lonjakan itu telah memberi kadar keuntungan kepada SDP sebanyak RM617 juta berbanding RM378 juta yang dicapai pada tempoh yang sama tahun lalu.

Pada waktu rehat tengah hari, harga saham SDP diniagakan pada paras RM3.92 dengan nilai kumpulan perladangan bernilai RM27.11 bilion.

Menurut Sime Darby, catatan keuntungan itu dipengaruhi oleh pendapatannya yang melonjak 37.2% kepada RM4.41 bilion berbanding RM3.22 bilion pada suku sebelum ini.

Kenaikan pada harga sawit mentah dan buah sawit yang dipacu oleh kenaikan pengeluaran tandan buah segar secara tidak langsung mendorong SDP mengaut hasil pendapatan yang jauh lebih tinggi.

Manakala keuntungan bersih SDP naik 39.4% kepada RM1.18 bilion daripada RM846 juta dan pendapatannya juga meningkat 29% kepada RM8.08 bilion berbanding RM6.26 bilion pada tahun lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan SDP, Mohamad Helmy Othman Basha menjelaskan bahawa kumpulan perkebunan telah mempamerkan prestasi yang baik meskipun terdapat cabaran yang perlu diharungi.

Antaranya adalah meliputi kepada kekurangan tenaga kerja serta Perintah Pembebasan Ditahan yang dikenakan oleh Kastam dan Perlindungan Sempadan AS terhadap produk Malaysia.

Beliau juga menyatakan bahawa operasinya di Indonesia dan Papua New Guinea dijangka akan mencatatkan pengeluaran tandan buah segar yang lebih tinggi tahun ini susulan cuaca yang lebih baik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat