Sime Darby Plantation Terima Tempias, Larangan Pengambilan Pekerja Asing Dilanjutkan

550

Harga saham Sime Darby Plantation Bhd mengalami penyusutan 9.47% pada sesi perdagangan di Bursa Malaysia semalam yang dipengaruhi oleh penjualan di antara saham FBM KLCI.

Faktor kejatuhan itu tercetus susulan para pelabur membuat penilaian mengenai impak larangan yang dilanjutkan terhadap pengambilan pekerja asing pada kumpulan perladangan dan ia turut dihalang oleh kegusaran mengenai persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG).

Sektor perladangan yang lain juga terus mencatatkan penurunan pada semalam seperti Kuala Lumpur Kepong Bhd telah susut 1.78% kepada RM19.80 dan IOI Corp Bhd jatuh 0.53% kepada RM3.75.

Pada 19 September, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mengumumkan bahawa kerajaan telah mencapai kata putus untuk tidak sama sekali mengambil pekerja asing sehingga akhir 2021.

UOB Kay Hian menyatakan bahawa Malaysia telah menggapai persetujuan pada Mei untuk membawa 32,000 pekerja asing bagi sektor ini namun proses tersebut telah ditangguhkan.

Namun setakat 11.05 pagi, harga saham Sime Darby Plantation telah meningkat 3.77% kepada RM3.58 pada sesi dagangan hari ini dengan mengumpul permodalan pasaran sebanyak RM24.41 bilion.

Sime Darby Plantation serta FGV Holdings Bhd turut menerima tempias berikutan larangan import oleh US Customs and Border Protection (CBP) atas pertuduhan menggunakan buruh paksa.

Ekoran daripada itu, Sime Darby Plantation sedang mempergiatkan usaha untuk mempercepatkan proses penilaian dan berharap agar ia mampu mencapai keputusan terakhir pada awal 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat