Singapore Masuk Top 5 Bandar Terkaya Dunia! KL Boleh Kirim Salam Saja

3,044

‘Marina Bay Sand (2) – Menara  Merdeka 118 (0).’

Negara jiran, suatu masa dahulu Temasik, terus melakar kejayaan apabila Singapore menembusi ranking 20 teratas bandar terkaya dunia.

Kejayaan itu tercatat dalam Global Citizens Report keluaran firma perundingan program kediaman dan kewarganegaraan, Henley & Partners (H&P).

Laporan tersebut mengukur jumlah kekayaan individu pada setiap bandar di seluruh dunia bagi tempoh separuh pertama 2022.

Laporan turut mendapati pembentukan kekayaan global telah merosot sebanyak 5% disebabkan penurunan prestasi saham pada Wall Street sejak awal tahun ini.

Ikuti ringkasan mudah kedudukan bandar terkaya dunia di bawah.

  • New York, Amerika Syarikat
    • Bandar yang menerima jolokan Big Apple ini terus mengungguli kedudukan pertama bandar terkaya dunia.
    • Bandar tersebut terdiri daripada 5 wilayah antara Bronx, Brooklyn, Manhattan, Queens, dan Staten Island termasuk Manhattan.
    • Merumahkan 345,000 millionaire, 737 centi-millionaire dan 59 billionaire.
  • Tokyo, Japan
    • Bandar serba maju dengan teknologi ini mendiami ranking ke-2 dalam bandar terkaya dunia.
    • Menempatkan 304,900 millionaire, 263 centi-millionaire dan 12 billionaire.
  • London, England
    • Pusat bandar utama England ini sememangnya terkenal sebagai menghasilkan jutawan-jutawan dunia namun angkanya dilihat semakin mengurang saban tahun atas beberapa sebab.
    • Menempatkan 272,400 millionaire, 406 centi-millionaire dan 38 billionaire.
  • Singapore, Singapore
    • Singapura yang dilanggar todak berjaya muncul sebagai bandar terkaya di rantau Asia Tenggara dan kedudukan ke-2 dalam rantau Asia.
    • Merumahkan 249,800 millionaire, 336 centi-millionaire dan 26 billionaire.
  • Beijing dan Shanghai, China
    • Ibu bandar jutawan Beijing menempatkan 131,500 millionaire, 363 centi-millionaire dan 44 billionaire.
    • Pusat kewangan Shanghai dipenuhi 130,100 millionaire, 350 centi-millionaire dan 42 billionaire.
  • Sydney, Australia
    • Negara Koala ini memiliki 29,500 millionaire, 188 centi-millionaire dan 16 billionaire.
  • Dubai, Mumbai dan Shenzhen
    • 3 negara ini dijangka muncul sebagai bandar terkaya dunia pada masa depan dengan Dubai merumahkan 67,900 millionaire, 202 centi-millionaire dan 13 billionaire pada ranking ke-23.
    • Mumbai memiliki 60,600 millionaire, 243 centi-millionaire dan 30 billionaires untuk berada pada kedudukan ke-25.
    • Shenzhen berada pada tempat ke-30 dengan memiliki 43,600 millionaire, 135 centi-millionaires dan 17 billionaire.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat