Singapura Bakal Longgarkan Sekatan COVID-19 Mulai Jumaat

200

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, negara tersebut akan membenarkan perhimpunan kecil dan pembukaan semula restoran dan kedai bermula pada Jumaat ini iaitu, 19 Jun 2020. Perhimpunan sosial yang membabitkan 5 individu mula dibenarkan apabila sebahagian besar aktiviti negara itu disambung semula setelah dikenakan sekatan selama lebih 2 bulan. Walau bagaimanapun, penjarakan sosial tetap perlu diamalkan.

Di Asia, Singapura mencatatkan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi iaitu lebih 400,000 kes positif yang didakwa berpunca daripada asrama pekerja migran. Namun begitu, situasi terkini merekodkan penurunan kes jangkitan dan tiada kluster baharu yang dilaporkan manakala kes di luar kawasan berkenaan didakwa stabil meskipun terdapat peningkatan aktiviti di tempat kerja. Oleh yang demikian, pemerintah negara tersebut telah memutuskan untuk pembukaan semula sekolah dan beberapa sektor perniagaan awal pada bulan ini.

Tambahan daripada itu, langkah-langkah pencegahan masih perlu dititikberatkan bagi mengelakkan jangkitan. Di samping itu, pusat membeli-belah, gimnasium, taman dan pantai turut akan dibuka semula. Akan tetapi aktiviti keagamaan, bar, teater dan acara berskala besar tidak akan dibenarkan untuk beroperasi. Selain itu, semua kakitangan syarikat digalakkan untuk hanya bekerja dari rumah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat