Siri Kenaikan GBP/USD Bakal Dibantutkan Risiko Menjelang Mesyuarat BOE

425

Setelah berjaya mengharungi dagangan minggu lalu dengan cemerlang, mata wang Pound pada minggu ini akan berdepan pula risiko keputusan mesyuarat dasar monetari oleh bank pusat England (BOE) pada Khamis ini.

Walaupun beberapa faktor masih memberi tekanan terhadap pergerakan Pound, namun mata wang Britain itu berjaya pamerkan prestasi yang baik khususnya berbanding US dolar yang sedang melemah.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD jelas menyaksikan corak kenaikan harga sepanjang minggu lalu menyambung momentum lonjakan yang dilakukan pada minggu sebelumnya.

Namun, kenaikan harga di penghujung minggu tidak mencapai paras jangkaan penganalisis iaitu di rintangan 1.40000 sebelum harga sedikit susut di penghujung dagangan berkemungkinan didorong oleh aktiviti pengambilan keuntungan oleh para pelabur.

Penurunan harga kembali semula ke paras sokongan 1.39000 dan harga juga dilihat mendatar pada pembukaan pasaran awal minggu ini.

Pelabur berhati-hati untuk meletakkan posisi dagangan susulan penurunan harga yang kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam dengan risiko berakhirnya pergerakan bullish.

Sekiranya penurunan harga terus berlaku, paras 1.38000 yang berada pada zon RBS (resistance become support) bakal diuji sebelum penuruan lebih rendah akan menuju pula ke paras 1.37000.

Namun jika penurunan tersebut hanyalah pembetulan harga, kenaikan harga akan dijangkakan untuk menguji zon rintangan 1.40000 pada minggu ini. Reaksi harga pada zon terbabit akan memberi isyarat pergerakan harga seterusnya.

Jika harga menembusi zon tersebut, sasaran rintangan terbaru harga dilihat pada 1.41000 untuk harga mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat