Sistem Ini Membolehkan Mereka Yang Cacat Penglihatan Bermain Game Lumba

325

Seorang pelajar PhD sains komputer di Columbia Engineering telah menciptakan sebuah perisian terbaru yang membolehkan gamers yang mempunyai cacat penglihatan menikmati permainan lumba kereta seperti gamers biasa.

Sistem yang dibangunkan oleh Brian A. Smith itu dikenali sebagai RAD atau racing auditory display. RAD membolehkan pemain yang cacat penglihatan dapat memainkan permainan lumba tanpa perlu memerhatikan layar.

Setiap komunikasi akan dihantar melalui audio, contohnya sistem akan memberitahu jika kenderaan yang dipandu semakin hampir ke tebing. Dengan ini pemain dapat mengelak daripada terlanggar.

Menurut Smith, ” RAD merupakan sistem pertama direka yang membolehkan orang buta untuk bermain permainan kereta lumba secara ”real”.

Sistem audio akan berubah apabila pemain memutarkan kereta mereka dan sistem akan beritahu kedudukan kereta mereka di atas jalan. RAD membolehkan pemain yang mempunyai cacat penglihatan bermain seperti orang biasa malahan mungkin lebih baik.

Sistem tersebut akan memberitahu kelajuan kereta yang sedang dipandu, kemana kereta ini sedang menuju, layout litar, posisi arah pandu, masa dan sebagainya. Pendek kata setiap pengalaman pemain biasa akan dirasai oleh pemain yang mempunyai cacat penglihatan.

Menurut salah seorang pemain Edis Adilovic, bahawa beliau sangat menyukai kebebasan yang diberkan kepadanya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat