Situasi EU-UK Makin Kritikal, GBP/USD Belum Habis Menjunam

627

Dagangan Pound Sterling dijangka akan meneruskan momentum pergerakan yang menurun berikutan ketegangan hubungan antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK bakal meningkat susulan rundingan Brexit yang masih berlanjutan.

Debat kontroversi berkenaan rang undang-undang pasaran dalaman pada hari ini. Pengenalan rang undang-undang tersebut oleh UK telah mencetuskan rasa tidak senang EU.

Brussels telah memberi amaran sekiranya rang undang-undang tersebut tidak ditarik balik sehingga penghujung bulan ini, mereka akan mengenakan sekatan.

Seperti pound, US dolar juga dilihat kehilangan momentum pengukuhan berikutan sentimen pasaran semakin pulih setelah syarikat penghasil vaksin kembali meneruskan kembali ujian yang dihentikan seketika sebelum ini.

Disebabkan itu, dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD mendatar sejak Jumaat lalu. Harga menyentuh paras terendah pada 1.27600 yang menjadi paras terendah 7 minggu, dan kenaikan tidak melepasi paras 1.28500 pada zon SBR (support become resistance).

Pergerakan harga di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga menunjukkan trend kekal bearish.

Pelabur akan menantikan reaksi harga ketika menguji halangan MA50 tersebut hari ini dan jika harga berjaya melepasinya serta bergerak lebih tinggi dari zon SBR 1.28500-1.29000, berkemungkinan isyarat perubahan trend mula berlaku.

Kenaikan seterusnya akan menuju paras 1.30000 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Namun, dengan jangkaan Pound akan terus bergerak lemah, harga bakal turun melepasi paras sokongan 1.27600 yang dicecah Jumaat lalu.

Penurunan lebih rendah bakal menuju zon support pada 1.26700-1.26400.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat