Situasi Ukraine-Rusia Makin Buruk, Pelabur Kekal Berjaga-jaga

1,154

Keadaan yang semakin buruk di Ukraine dan jangkaan terhadap lebih banyak sekatan dikenakan terhadap ekonomi Rusia susulan tindakannya, terus membenam mata wang euro ke paras terendah dua tahun.

Kemarahan dunia meningkat pada Isnin susulan penemuan kubur besar dan mayat orang awam yang diikat ditembak dari jarak dekat telah ditemui di sebuah bandar yang diambil semula daripada tentera Rusia, iaitu Bucha.

Pembunuhan orang awam di utara Ukraine itu, berkemungkinan akan mendorong pelaksanaan sekatan tambahan ke atas Rusia oleh Amerika Syarikat dan Eropah.

Malah, tidak mustahil juga ia akan melibatkan beberapa sekatan ke atas berbilion dolar tenaga yang masih diimport Eropah dari Rusia. Menteri Pertahanan Jerman Christine Lambrecht mengatakan bahawa Kesatuan Eropah harus membincangkan penamatan import gas Rusia.

Sementara itu, pengukuhan US dolar turut memberi tekanan buat dagangan euro menjelang minit mesyuarat polisi FOMC yang akan berlangsung pada minggu, di mana ia dijangka akan menawarkan petunjuk untuk lebih agresif dalam pengetatannya.

Ketika penulisan, indeks dolar mengukuh pada sekitar harga 98.97 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Dalam pada itu, hasil bon 10 tahun kekal stabil pada sekitar 2.4%, manakala hasil 2 tahun pada 2.42%. Keluk hasil mula memberi indikasi mengenai kemungkinan berlakunya kemelesetan pada masa akan datang. Ini mungkin akan mendorong pelabur beralih kepada aset safe-haven.

Di sisi lain, dolar Aussie terus memaparkan pengukuhan di paras ketinggian 5 bulan menjelang keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA) pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat