Skandal 1MDB – Goldman Sachs Bayar Denda $3 Bilion

305

Goldman Sachs telah bersetuju membayar denda sebanyak AS$3 bilion bagi menamatkan siasatan jenayah atas peranannya dalam skandal dana rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semalam, firma berkenaan didenda sebanyak AS$2.9 bilion kerana didapati melanggar undang-undang AS namun mengaku tidak bersalah dan bersetuju membayar dendanya.

Jabatan Kehakiman Keadilan (DoJ) AS mendakwa Goldman Sachs berhutang AS$2.3 bilion sebagai denda dan tambahan AS$600 juta atas kehilangan haknya.

Menurut Penolong Peguam Awam di divisyen jenayah DoJ, Brian Rabbit, skandal itu telah menjejaskan harapan rakyat Malaysia yang melihat dana itu sepatutnya digunakan untuk membantu mereka namun disalah guna demi kepentingan individu tertentu serta kroninya.

Julai lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disabitkan dengan tujuh pertuduhan membabitkan skandal 1MDB dan dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun. Bagaimanapun, kes beliau masih dalam rayuan.

Dalam perkembangan sama, Unit Asia Goldman Sachs Group Inc didenda AS$350 juta oleh pihak berkuasa Hong Kong atas kesalahan yang sama semalam.

Selain Hong Kong, firma tersebut juga diarahkan membayar denda sebanyak AS$126 juta kepada United Kingdom (UK) dan AS$122 juta kepada Singapura.

Tiga bulan lalu, Goldman Sachs turut mencapai kata putus untuk memulangkan wang sebanyak AS$3.9 bilion kepada kerajaan Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat